top of page

Sekapur Sirih

SEKAPUR SIRIH

Guru Besar Sekolah Alif.jpg

   ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Dipanjatkan syukur dan dimurahkan rezeki kepada junjungan kita, Nabi Muhammad ﷺ dengan dimulakan dengan kalimah Bismillah, dirasmikan laman web Sekolah Alif Sdn.  Bhd.

Sekolah Alif Sdn. Bhd. lahir dari niat untuk membentuk peribadi muslim yang kuat dari segi aqli, rohani dan jasmani.  Alif sendiri bermaksud bermula dari Allah SWT dan kembali padaNya dalam semua aspek kehidupan. Secara langsung, sentiasa berusaha untuk mempersembahkan amalan yang terbaik untukNya.

Ini yang mencorak aspirasi pendidikan anak-anak murid, latihan dan penyelidikan para pendidik dan menjadi ukur utama atas keberjayaan Sekolah Alif Sdn. Bhd. Saya percaya kepelbagaian dalam bangsa, kaum, latarbelakang, pengalaman dan kemahiran warga sekolah, ibubapa / penjaga dan juga komuniti di Negara Brunei Darussalam adalah kombinasi yang relevan dalam membentuk generasi seterusnya. Titik persamaan yang penting adalah mempunyai misi dan visi yang sama.

​​

Ini bertepatan dengan hasrat Kebawah Duli  Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan negara ini sebagai negara zikir. Memetik titah baginda bersempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1439H/2018M, antara lain baginda bertitah:

​​​

“Senario hari ini, sangatlah mewajarkan kita orang-orang Islam untuk banyak-banyak berzikir atau mengingati  Allah. Kerana dunia ini betul-betul sedang tenat dengan kemelut, dengan perkelahian-perkelahian di sana sini. Keamanan sudah tidak terjamin, diganti oleh huru-hara  dan pembunuhan-pembunuhan yang kejam. Ini semua, tidak terkecuali, turut berlaku dikalangan orang-orang  Islam  sendiri.

​​​

Perkara ini berlaku, kerana mungkin, kita ini sudah,  atau semakin jauh dari  Allah.  Orang sudah amat sedikit mengingat  Allah,  berbanding mengingat  yang  lain-lain. Kerana itulah musuh mudah masuk. Selain musuh syaitan, juga  tidak terkecuali ialah musuh dari kalangan manusia.  Pada hemat beta,  usaha paling dhoruri untuk mengubat penyakit ini ialah, kita mesti bersegera mendekati Allah, menyebut dan mengingatNya banyak-banyak, serta memohonkan petunjuk dan perlindunganNya.” Demikian titah baginda.

​​

Sekolah Alif Sdn. Bhd. berazam untuk memastikan pembentukan insan, sejajar dengan zaman kontemporari, tanpa meninggalkan nilai-nilai asas. Malah, menjadi pemangkin kebaikan untuk generasi yang akan datang.

​​

Akhir kalam, semoga esok lebih baik dari hari ini.

​​

Cikgu Nuratikah Hani binti Haji Tarip,

Guru Besar Sekolah Alif Sdn. Bhd.

NILAI-NILAI SEKOLAH

Untuk kitani (ibu bapa, guru-guru dan anak-anak/ pelajar-pelajar) agar selalu diperingati akan tujuan hidup muslim dan kemana akhirnya kita akan kembali dan dikumpulkan.

Waktu Pejabat Petadbiran

Hubungi

Tel: +673 2420 597

Tel: +673 2420 597

Emel: tunas.alif@gmail.com

Alamat

Simpang 113-28, Jalan Rakyat Jati Rimba, Kampung Rimba, Mukim Gadong A, Gadong BE3119

Opening Hours

Isnin - Khamis: 7.30 pagi - 4.00 petang
​​Saturday: 7.30 pagi - 1.00 petang
​Ahad: Tutup

Sosial Media

  • Whatsapp
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
bottom of page