SYARAT PENDAFTARAN
SYARAT PENDAFTARAN
-
Pendaftaran masuk ke Sekolah Alif Sdn Bhd dibukakan kepada semua warga dan penduduk di Negara Brunei Darussalam
-
Pemohon adalah disarankan untuk memohon sebelum permulaan tahun persekolahan pada bulan Januari kerana pendaftaran masuk adalah terhad. Walaubagaimanapun, pemohon juga boleh mendaftar pada bila-bila masa di sepanjang tahun. Syarat kemasukkan adalah tertakluk kepada kekosongan slot.
-
Pendaftaran masuk akan diterima jika lulus semua syarat yang telah dinyatakan bahawa pelajar dan ibubapa telah bersetuju untuk mengikuti akademik sekolah dan juga peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
-
Ujian kemasukkan akan dijalankan sebelum kemasukkan pelajar diterima. Bagi pelajar yang telah diterima masuk, dikehendaki menjelaskan yuran pendaftaran dan yuran pendahuluan.
-
Pihak sekolah akan menghubungi ibubapa/ penjaga bagi laporan prestasi pelajar dalam peperiksaan/ temuduga.
LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN
01
Pemohon hendaklah menghantar dokumen-dokumen berikut kepada ‘Admission Office’
-
Borang Pendaftaran yang lengkap (Completed Enrolment Form)​
-
Borang Deklarasi Kesihatan pelajar yang lengkap (Completed Student Health and Medical Declaration Form)
-
2 keping gambar berukuran pasport pelajar (Passport Size Photos)
-
2 keping salinan Surat Beranak/ Kad Pengenalan Pelajar (Photocopy of Birth Certificate / I.C.)
-
2 keping salinan Kad Pengenalan/ passport Ibubapa/ penjaga (Photocopy of parents I.C. / passport)
-
Salinan Pas Penuntut yang sah bagi pemohon asing (Student pass application / valid student pass (foreign students only)
-
Kad Kesihatan Sekolah/ Rekod imunisasi (School health card / Immunization records)
-
Salinan Rekod pelajar dari sekolah sebelum ini (A copy of last progress report from previous school)
-
Sijil Berhenti (jika berkenaan) (Leaving Certificate (when applicable)
-
Testimoni Kelakuan Baik dari sekolah sebelum ini (Testimonial of good conduct from previous school
02
Mengambil Ujian Kemasukan dan/atau menghadiri temuduga yang telah ditetapkan (Entrance Exam)
Semua bakal pelajar Tadika dan Rendah dikehendaki untuk menduduki UJIAN KEMASUKAN sebelum kemasukan pelajar diterima. Penerimaan bakal pelajar adalah bergantung kepada keputusan ujian kemasukan.
03
Membayar Yuran Pendaftaran & Yuran Pendahuluan
Yuran pendaftaran dan pendahuluan hendaklah dibayar selepas lulus ujian kemasukkan
-
Yuran Pendaftaran : B$ 30.00
-
Yuran Pendahuluan: B$ 200.00
04
Proses Pengesahan Pas Pelajar bagi Pelajar Asing / Pelajar Antarabangsa (Process Student Pass Endorsement for Foreign Students / International Students)
Dalam peraturan Kementerian Dalam Negeri, semua pelajar dari negara luar (bukan warga tempatan) adalah dikehendaki untuk memohon dan memiliki Pas Pelajar sebelum memulakan persekolahan.
05
Sesi persekolahan dimulakan. Selamat datang ke Sekolah Alif Sdn Bhd!
Selamat datang ke Sekolah Alif Sdn Bhd!
SYARAT PEMBAYARAN
Semasa pendaftaran baru, yuran pendahuluan $200.00 perlu disertakan. Yuran pendahuluan hanya perlu dibayar sekali sepanjang persekolahan. Yuran pendahuluan dapat dituntut dengan syarat ada SURAT BERTULIS KEPADA GURU BESAR SEBULAN sebelum tarikh berhenti. Sebaliknya tidak akan dikira.
Yuran pendahuluan tidak akan dikembalikan: jika pendaftaran dibatalkan (tarik diri) dan pembelajaran murid kurang daripada 3 bulan, terdapat Yuran tertunggak, ada rekod masalah disiplin (termasuk masalah kedatangan kehadiran yang kurang 85% di bawah) dan peristiwa nasional seperti bencana alam, maupun pandemik.
BUTIRAN PEMBAYARAN
Perkara
No.
Bayaran
1.
PENDAFTARAN
(Bagi Pelajar Baru & Pelajar Tahun 1)
B$30.00
2.
YURAN PENDAHULUAN
(Bagi Pelajar Baru)
B$200.00
3.
LENCANA SEKOLAH
B$3.00
4.
T-SHIRT SUKAN
B$18.00
5.
PIBG
(PERSATUAN IBUBAPA & GURU)
B$10.00/ tahun
6.
DUIT KELAS
B$10.00/ tahun
7.
FAIL REKOD HIJAU
(Bagi Pelajar Baru sahaja)
B$3.00
8.
BUKU PERATURAN
(Bagi Pelajar Rendah sahaja)
B$4.00
9.
JUBAH / BAJU KONVO & GAMBAR
(Bagi pelajar Pra & Tahun 6)
B$45.00
10.
INSURAN PELAJAR
(Bagi Pelajar Baru & Lama)
B$10.00/ tahun
Waktu Pejabat Pentadbiran
Hubungi
Alamat
Simpang 113-28, Jalan Rakyat Jati Rimba, Kampung Rimba, Mukim Gadong A, Gadong BE3119
Opening Hours
Isnin - Khamis: 7.30 pagi - 4.00 petang
​​Saturday: 7.30 pagi - 1.00 petang
​Ahad: Tutup