top of page

Sekapur Sirih

   ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

     Dipanjatkan syukur dan dimurahkan rezeki kepada junjungan kita, Nabi Muhammad ﷺ dengan dimulakan dengan kalimah Bismillah, dirasmikan laman web Sekolah Alif Sdn.  Bhd.

 

     Sekolah Alif Sdn. Bhd. lahir dari niat untuk membentuk peribadi muslim yang kuat dari segi aqli, rohani dan jasmani.  Alif sendiri bermaksud bermula dari Allah SWT dan kembali padaNya dalam semua aspek kehidupan. Secara langsung, sentiasa berusaha untuk mempersembahkan amalan yang terbaik untukNya.

     Ini yang mencorak aspirasi pendidikan anak-anak murid, latihan & penyelidikan para pendidik dan menjadi ukur utama atas keberjayaan Sekolah Alif Sdn. Bhd. Saya percaya kepelbagaian dalam bangsa, kaum, latarbelakang, pengalaman dan kemahiran warga sekolah, ibubapa / penjaga dan juga komuniti di Negara Brunei Darussalam adalah kombinasi yang relevan dalam membentuk generasi seterusnya. Titik persamaan yang penting adalah mempunyai misi dan visi yang sama.

Alif School's Bulletin

© SEKOLAH ALIF SDN BHD All Rights Reserved 2024

bottom of page